PENYEDIAAN ARTWORK

Berikut panduan penyediaan design artwork untuk printing bunting sebelum anda mengahantar fail design pada kami. Adalah amat penting untuk anda mengikut panduan yang kami berikan untuk hasil cetakan terbaik dan memastikan tiada kelewatan tempahan pesanan anda

Rekaan Artwork mestilah dihantar kepada kami mengikut saiz Roll Up Stand bunting yang ingin anda tempah. Artwork boleh direka menggunakan perisian Adobe Ilustrator (A.I), Adobe Photoshop (PSD), Adobe PDF .

Colour Mode
Sila pastikan bahawa fail artwork anda disimpan menggunakan warna CMYK. Walaupun imej RGB kelihatan baik pada skrin apabila ditukarkan kepada CMYK yang boleh mengubah warna. Kami mengesyorkan penukaran ini dilakukan pada pihak anda supaya anda akan mempunyai kawalan penuh ke atas proses penukaran .

Font
Sila create outline pada design artwork anda untuk memastikan font yang anda pilih tidak berubah apabila artwork dihantar pada kami. Anda juga boleh memberikan salinan jenis font.

Resolusi
Untuk hasil cetakan terbaik dan cantik, fail artwork mestilah sekurang-kurangnya 300 DPI

Semakan artwork adalah percuma.

Design Service
Jika anda memerlukan khidmat design daripada kami, caj rekaan sekitar RM50-RM60.[/fusion_text][fusion_text]<